PELUMBA Denmarak, Jonas Vingegaard mendukung anak perempuannya, Frida selepas muncul juara Tour de France sambil diperhatikan pelumba Slovenia, Tadej Pogacar. FOTO AFP
PELUMBA Denmarak, Jonas Vingegaard mendukung anak perempuannya, Frida selepas muncul juara Tour de France sambil diperhatikan pelumba Slovenia, Tadej Pogacar. FOTO AFP
AFP

Paris: Pelumba Denmark, Jonas Vingegaard muncul juara keseluruhan Tour de France, hari ini, menamatkan penguasaan juara dua kali, Tadej Pogacar selepas perlumbaan 21 peringkat sejauh 3,350 kilometer (km) dalam masa tiga minggu yang penuh cabaran.

Pelumba berusia 25 tahun itu adalah bekas bekerja pasar ikan di kampung halamannya dan dia muncul juara setahun selepas mempamerkan prestasi hebat ketika menduduki tempat kedua di belakang Pogacar pada 2021.

Pelumba Belgium, Jasper Philipsen memenangi perlumbaan peringkat terakhir di Champs Elysees.

Philipsen mengangkat tayar depan basikalnya selepas memenangi perlumbaan peringkat kali kedua di jelajah ini, mengulangi aksi sama yang dilakukannya di peringkat keempat sedangkan ketika itu dia hanya menduduki tempat kedua.

Vingegaard dan rakan sepasukannya di Jumbo-Visma melintasi garisan penamat bersama-sama dan meraikan kemenangan mereka.

Pasukan dari Belanda itu bekerjasama dengan cemerlang untuk muncul juara enam peringkat perlumbaan, jersi hijau sebagai raja pecut, jersi merah untuk van Aert dan jersi polka dot sebagai raja bukit untuk Vingegaard selain jersi kuning sebagai juara keseluruhan.

Selepas berhempas pulas di laluan berbukit serta landai di bawah cuaca panas, Vingegaard mengesahkan kemenangannya ketika perlumbaan ujian masa pada Sabtu selepas mula memintas Pogacar di banjaran Alps.

Pogacar menduduki tempat kedua keseluruhan dan memenangi jersi bawah 25 tahun untuk kali ketiga berturut-turut dan memastikan reputasi besar di jelajah ini dan memberi saingan kepada Vingegaard sehingga ke penghujung.

Juara edisi 2018, Geraint Thomas menduduki tempat ketiga apabila pelumba veteran itu berkayuh dengan tempo sendiri dan menutup mulut pengkritik yang meragui kewibawaannya dan menganggap pelumba Wales itu sudah melepasi zaman gemilang pada usia 36 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Julai 2022 @ 8:57 AM