POGACAR meraikan kemenangannya di garisan penamat. FOTO AFP
POGACAR meraikan kemenangannya di garisan penamat. FOTO AFP
AFP

Cauterets: Tadej Pogacar membuktikan kemampuan sebenarnya untuk memenangi peringkat enam Tour de France, tetapi juara bertahan, Jonas Vingegaard muncul pendahulu keseluruhan 25 saat di hadapan pelumba Slovenia itu.

Pogacar yang juga ketua pasukan UAE, melakukan pecutan ketika berbaki 2 kilometer (km) dan menamatkan perlumbaan dengan kelebihan 24 saat di depan Vingegaard.

Jai Hindley yang mengungguli peringkat kelima dan menyarung jersi kuning seketika, kini menduduki tempat ketiga.

"Saya sangat gembira kerana dapat memenangi satu peringkat perlumbaan dan anda tidak perlu berbangga dengan pencapaian itu.

"Apabila Jumbo mula memberi tekanan, saya sudah bersedia untuk mengemas beg saya dan pulang ke rumah.

"Wout (van Aert) berkayuh lebih laju daripada kereta ketua perlumbaan. Tetapi saya memberitahu diri saya agar tidak berputus asa, pada ketika itu saya hanya bertahan," kata Pogacar.

Juara bertahan, Vingegaard dan pemenang dua kali, Pogacar dilabel pelumba pilihan pada siri jelajah paling berprestij itu dan ia dibuktikan oleh kedua-dua pelumba itu.

"Pertama sekali saya gembira dapat kembali menyarung jersi kuning. "Tadej lebih bertenaga hari ini dan dia berhak menang," kata Vingegaard.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Julai 2023 @ 10:59 AM