GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Wartawan Harian Metro


Shah Alam: Pelawak serta isterinya direman dua hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan tentang penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, di aplikasi Telegram.

Pada masa sama, telefon bimbit mereka turut dirampas bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, pelawak berusia 38 tahun dan isterinya, 37, ditahan di Balai Polis Seksyen 9, di sini, 7 malam semalam.

"Kedua-duanya dibawa ke Mahkamah Shah Alam, hari ini, untuk mendapatkan perintah tahanan reman," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan tangkapan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Terdahulu, tular di aplikasi Telegram berkaitan penulisan membabitkan IPD Shah Alam dan penyebaran gambar lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Sahabudin Abd Manan yang meninjau IPD terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Julai 2024 @ 4:03 PM