PELUMBA pasukan Jumbo Visma, Wout van Aert dari Belgium meraikan kejayaan memenangi perlumbaan peringkat ke-11 Tour de France, hari ini. FOTO AFP
PELUMBA pasukan Jumbo Visma, Wout van Aert dari Belgium meraikan kejayaan memenangi perlumbaan peringkat ke-11 Tour de France, hari ini. FOTO AFP
AFP

Malaucene, Perancis: Peminat lumba basikal bersorak ke arah pelumba Belgium, Wout van Aert yang memenangi perlumbaan paling mendebarkan Tour de France iaitu peringkat ke-11 yang membabitkan dua pendakian di Mont Ventoux.

Manakala pendahulu keseluruhan, Tadej Pogacar, 22, mengekalkan jersi kuning dengan kelebihan lebih lima minit berbanding pencabarnya.

Van Aert yang mewakili pasukan Jumbo Visma melepasi garisan penamat di kemuncak 'the Giant of Provence' seorang diri dengan memakai jersi juara Belgium miliknya dalam cuaca agak panas.

"Ramai rakyat Belgium di sini," kata Van Aert, sambil menghalakan telinga ke arah penyokong yang bersorak.

"Ini adalah kemenangan terbaik saya," katanya yang mendapat hasil memuaskan selepas melakukan pemisahan pada peringkat awal perlumbaan.

Di kawasan pendakian ikonik itu yang menyaksikan Tom Simpson meninggal dunia pada 1967 serta Eddy Merckx, Marco Pantani dan Chris Froome melakukan pendakian untuk muncul juara, usaha Van Aert memang membanggakan.

Di belakangnya adalah akan sepasukan, Jonas Vingegaard yang menduduki tempat tiga teratas selepas melintasi garisan bersama kumpulan kecil membabitkan Pogacar, Rigoberto Uran dan Richard Carapaz.

Pogacar mendahului pelumba Colombia, Uran daripada pasukan EF Education dengan 5 minit 18 saat; pelumba Denmark, Vingegaard di tempat ketiga yang ketinggalan 14 saat manakala pelumba Ecuador, Carapaz di tempat ketiga.

Vingegaard meninggalkan Pogacar kira-kira 3 kilometer terakhir di pendakian kedua sebelum kumpulan membabitkan pelumba Slovenia itu berjaya menangkapnya semula ketika laluan menurun sejauh 25km.

"Saya tidak dapat mengikutnya, cuaca panas, pasukan Ineos, banyak yang berlaku," kata Pogacar yang kelihatan tenang selepas perlumbaan.

Berikutan kenderaan dilarang naik ke Ventoux, polis mengesan sekumpulan penyokong yang sanggup berjalan naik dan meninggalkan banyak sampah pada kali terakhir perlumbaan ke puncak gunung itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Julai 2021 @ 12:48 AM