VINGEGAARD (jersi kuning) cuba mengejar Pogacar (jersi putih) di kilometer terakhir peringkat ke-13 TdF. -FOTO AFP
VINGEGAARD (jersi kuning) cuba mengejar Pogacar (jersi putih) di kilometer terakhir peringkat ke-13 TdF. -FOTO AFP
AFP

Col du Grand Colombier, Perancis: Juara bertahan Jonas Vingegaard memuji pesaingnya, Tadej Pogacar apabila dia kekal selaku pendahulu keseluruhan Tour de France (TdF) selepas tamat saingan di gunung Grand Colombier.

Vingegaard menamatkan saingan hanya empat saat di belakang Pogacar selepas melakukan serangan lewat perlumbaan yang turut memberikan Pogacar bonus empat saat.

Ia menyebabkan pelumba Denmark, Vingegaard kini hanya memiliki kelebihan tipis sembilan saat, selepas peringkat yang dimenangi pelumba Poland dari pasukan Ineos Grenadiers, Michal Kwiatkowski yang berjaya melakukan pemecahan.

Juara bertahan itu menjelaskan perasaannya dengan merujuk kepada buku rekod.

"Dalam perlumbaan akhir seperti ini anda hanya boleh gembira dengan cara apa yang anda lakukan," kata Vingegaard.

"Sejarah menunjukkan bahawa Jelajah jarang dimenangi dengan kelebihan beberapa saat," katanya.

"Mungkin sekali atau dua kali, mungkin di sini juga, siapa tahu, tetapi saya tidak fikir begitu."

Untuk pertama kali Vingegaard turut membuka mulut mengenai Pogacar selepas sebelum ini menegaskan dia tidak pernah memikirkannya.

"Ia adalah saingan yang bagus yang kami ada. Dia antara yang terbaik, jika bukan pelumba terbaik di dunia dan ia adalah pertarungan yang bagus yang kami lakukan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Julai 2023 @ 8:47 AM