VINGEGAARD bersama jersi kuning keseluruhan selepas tamat saingan peringkat ke-14 di antara Annemasse ke  Morzine Les Portes du Soleil.
VINGEGAARD bersama jersi kuning keseluruhan selepas tamat saingan peringkat ke-14 di antara Annemasse ke Morzine Les Portes du Soleil.
AFP

Morzine, Perancis: Juara bertahan Jonas Vingegaard mengatasi saingan sengit Tadej Pogacar pada pendakian pertama daripada empat cabaran Alpine semalam ketika pelumba Sepanyol Carlos Rodriguez menjuarai peringkat ke-14.

Vingegaard kini mendahului Pogacar dengan 10 saat selepas memenangi perlumbaan sengit untuk merebut gelaran yang mendapat tepukan gemuruh penonton di garisan penamat.

Pelumba Ineos Rodriguez melonjak tangga ketiga keseluruhan, hanya satu saat di depan pelumba Australia Jai Hindley hasil kayuhan bertenaga di kawasan pergunungan.

"Mengagumkan, sesuatu yang selalu saya impikan," kat Rodriguez, 22 selepas Ineos sekali lagi menjuarai saingan peringkat selepas kemenangan Michal Kwiatkowski kelmarin.

Vingegaard bergelar Raja Gunung tetapi fikirannya lebih tertumpu kepada jersi kuning keseluruhan yang bakal dipakainya pada Sabtu ini.

"Cabaran sangat sukar sekali lagi hari ini. Saya gembira menduduki tempat kedua akhirnya," kata pelumba Denmark itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Julai 2023 @ 9:50 AM