AKSI Woods di St Andrews, Scotland.
AKSI Woods di St Andrews, Scotland.
AFP

St Andrews, United Kingdom: Tiger Woods berdepan permulaan mengecewakan di Terbuka British selepas juara tiga kali itu hanya mencatat enam di atas par 78 di St Andrews awal pagi tadi.

Penampilan pertama Woods di Terbuka British sejak 2019 amat dinantikan peminat selepas dua kali menjulang Claret Jug sebelum ini.

Namun pemenang 15 kali kejuaraan utama itu melakukan bogey berganda di lubang pertama yang menyaksikan bola masuk ke dalam air sekaligus menjejaskan permainannya.

Woods terlepas kejohanan tahun lalu susulan nahas kereta pada Februari 2021 sehingga memerlukan pembedahan di kaki kanan.

Kesannya masih dirasai apabila dia tampak tidak selesa ketika beraksi pada hari pertandingan yang berlanjutan lebih enam jam.

"Ia hari yang panjang dan perlahan." kata Woods.

"Hari yang sepatutnya saya beraksi dengan baik tetapi saya tak cukup bagus melakukannya."

Catatan Woods itu menyamai catatan terendah aksi pembukaan dalam 22 permulaan dengan yang terakhir ketika dia menyertai Portrush pada 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Julai 2022 @ 10:37 AM