TIGER Woods. -FOTO AFP
TIGER Woods. -FOTO AFP
AFP

Los Angeles: Tiger Woods mengumumkan bahawa dia tidak akan bermain di Terbuka Amerika Syarikat (AS) minggu depan di Brookline untuk meneruskan rawatan pemulihan kecederaan kaki yang dialami ketika terbabit dengan kemalangan kereta tahun lalu.

Juara 15 kali kejuaraan utama itu menarik diri daripada Kejuaraan PGA bulan lalu selepas pusingan ketiga.

"Saya sebelum ini memaklumkan (penganjur) USGA bahawa saya tidak akan bertanding di @usopengolf kerana badan saya memerlukan lebih banyak masa untuk menjadi lebih kuat menjelang kejuaraan utama golf," tweet Woods.

Woods bagaimanapun berkata, dia merancang untuk bermain di Terbuka British di St Andrews yang akan bermula pada 14 Julai ini.

"Saya teruja untuk kembali ke sana tidak lama lagi," kata pemain berusia 46 tahun itu yang membuat kejutan kembali beraksi di Masters pada April selepas memerlukan pembedahan untuk memulihkan kakinya berikutan kemalangan kereta pada Februari 2021.

Dia melakukan cut di Augusta National dan di PGA di Southern Hills di mana dia menarik diri selepas pusingan utama, aksi ketiga yang terburuk dalam kerjayanya.

Pemain Amerika itu adalah juara Terbuka AS sebanyak tiga kali dengan gelaran terakhir dirangkul pada 2008 di Torrey Pines ketika dia berdepan dengan kecederaan lutut kiri sebelum menang dalam aksi play-off.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Jun 2022 @ 11:13 AM