JOHNSON sudah beraksi lima kali dalam saingan Piala Ryder dan empat kali bermain di Piala Presiden. FOTO Agensi
JOHNSON sudah beraksi lima kali dalam saingan Piala Ryder dan empat kali bermain di Piala Presiden. FOTO Agensi
Reuters

Washington: Ketua pasukan Amerika Syarikat (AS) untuk Piala Ryder 2023 akan diumumkan Isnin depan namun ada laporan mengatakan juara dua kali kejuaraan utama, Zach Johnson bakal memegang tanggungjawab berkenaan.

The Associated Press melaporkan Johnson, yang genap usianya 46 tahun hari ini, akan dinaikkan pangkat daripada penolong ketua pasukan, selepas dua edisi memegang jawatan berkenaan.

Piala Ryder 2023 akan diadakan di Marco Simone Golf and Country Club in Rom.

Steve Stricker berjaya mengetuai AS mencatat kemenangan 19-9 ketika berdepan pasukan Eropah di Whistling Straits di Sheboygan tahun lalu.

AS berkelebihan dengan rekod kemenangan 27-14 ke atas Eropah namun tidak pernah juara di tempat lawan sejak Tom Watson mengepalai pasukan untuk meraih kejuaraan 1993 di Belfry, England.

Johnson meraih 12 kejuaraan PGA sepanjang karier termasuk Masters 2007 dan The Open 2015.

Dia sudah beraksi lima kali dalam saingan Piala Ryder dan empat kali bermain di Piala Presiden.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Februari 2022 @ 12:19 PM