GATLIN menang 100m di Kejohanan Dunia  di Doha pada 2019. FOTO AFP
GATLIN menang 100m di Kejohanan Dunia di Doha pada 2019. FOTO AFP
AFP

Los Angeles: Jaguh acara pecut Amerika Syarikat (AS), Justin Gatlin hari ini mengumumkan persaraannya daripada sukan olahraga selepas cemerlang meraih pingat emas Sukan Olimpik dan pelbagai gelaran dunia.

Atlet veteran berusia 40 tahun itu yang memenangi emas acara 100 meter di Olimpik Athens 2004 mengesahkan persaraannya di Instagram bertajuk "Dear Track."

"Saya mencintai anda trek. Anda saksikan air mata kecewa dan gembira. Juga pelajaran yang tidak akan dilupakan," tulis Gatlin.

"Obor telah berlalu namun cinta tidak akan pudar. Sedia, pergi...hilang!"

Persaraan Gatlin sudah dijangka. Dia gagal layak ke Olimpik Tokyo tahun lalu dan berdepan kecederaan hamstring ketika sesi ujian AS di Eugene.

Dia melengkapkan kemenangan 100m dan 200m di Kejohanan Dunia 2005 dan turut meraih emas 100m di Kejohanan Dunia di London 2017 dengan mengatasi ikon Jamaica, Usain Bolt.

Dia juga anggota kuartet 4x100m AS yang menjuarai Kejohanan Dunia di Doha pada 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Februari 2022 @ 10:21 AM