ELAINE tidak disenaraikan dalam acara 200m di temasya Olimpik. -FOTO Reuters
ELAINE tidak disenaraikan dalam acara 200m di temasya Olimpik. -FOTO Reuters
Reuters

Jamaica: Pemenang lima pingat emas Olimpik Elaine Thompson-Herah tidak akan mempertahankan gelaran 200 meter (m) di Paris bulan depan selepas memilih untuk tidak bertanding dalam acara itu Kejohanan ujian Jamaica yang akan datang.

Pelari pecut itu hanya didaftarkan untuk beraksi dalam acara 100m pada Kejohanan Olahraga Jamaica dari 27 hingga 30 Jun ketika tarikh akhir pendaftaran sudahpun berakhir Isnin lalu.

Elaine adalah pelari wanita pertama yang memenangi dua acara pecut di Olimpik menerusi acara 100 dan 200, di Tokyo, menamatkan perlumbaan pembukaan musim dalam acara 100m bulan lalu di kedudukan terakhir selepas merekodkan 11.30 saat (s) di Prefontaine Classic, Eugene.

Kali terakhir dia bertanding dalam acara 200m pada April 2023 dan dilihat mengalami kecederaan semasa beraksi dalam acara 100m di Grand Prix NYC awal bulan ini dengan catatan masa yang direkodkan 11.48s.

Atlet berusia 31 tahun itu melantik Reynaldo Walcott sebagai jurulatih baharunya pada November selepas berpisah dengan Shanikie Osbourne.

Acara olahraga di Sukan Olimpik Paris akan berlangsung dari 1 hingga 11 Ogos di Stade de France.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2024 @ 6:07 PM