Jacob Kiplimo. FOTO Agensi
Jacob Kiplimo. FOTO Agensi
Agensi

Lisbon: Atlet Uganda, Jacob Kiplimo mencatat rekod baharu dunia bagi acara separuh maraton, mengatasi satu saat daripada rekod catatan terbaik sebelum ini.

Pelari berusia 21 tahun itu mencatat 57 minit 31 saat ketika memenangi perlumbaan jalan raya Separuh Maraton Lisbon.

Kiplimo yang memenangi pingat gangsa dalam acara 10,000 meter di Olimpik Tokyo tahun ini, memecah rekod sebelumnya yang dilakukan jaguh Kenya, Kibiwott Kandie di Valencia pada 2020.

Kiplimo memenangi perlumbaan dengan selesa apabila mengatasi lebih dua minit daripada pesaing di tempat kedua dari Habsyah, Esa Huseyidin Mohamed dengan 59:39s.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 November 2021 @ 2:41 PM