Laura (kiri) bersaing hebat dengan atlet Kenya dan Habsyah bagi anugerah. FOTO Agensi
Laura (kiri) bersaing hebat dengan atlet Kenya dan Habsyah bagi anugerah. FOTO Agensi
Agensi

London: Atlet Britain, Laura Muir berada dalam senarai cadangan pemenang Anugerah Atlet Terbaik Olahraga Wanita Dunia tahun ini.

Laura, 27, antara terpantas dalam dunia bagi acara 1,500m musim ini dan mencatat rekod baharu UK bagi 1,000m pada Ogos lalu.

Sebulan kemudian dia mendahului tiga minit 57.40 saat di Berlin melebihi 1,500m.

Dalam senarai 10 terbaik, Laura adalah atlet tunggal dari Britain yang bertanding dalam acara larian bagi merebut anugerah itu, yang tahun lalu dimenangi Dalilah Muhammad dari Amerika Syarikat.

Faith Kipyegon dari Kenya, yang menerajui perlumbaan melebihi 800m dan 1000m serta Letesenbet Gidey dari Habsyah, yang baru-baru ini mencatat rekod dunia acara 5,000m antara pencabar hebat bagi anugerah itu.

Senarai calon pemenang Anugerah Atlet Wanita Terbaik:

Femke Bol (Belanda), Letesenbet Gidey (Habsyah), Sifan Hassan (Belanda), Peres Jepchirchir (Kenya), Faith Kipyegon (Kenya), Laura Muir (Britain), Hellen Obiri (Kenya), Yulimar Rojas (Venezuela), Elaine Thompson-Herah (Jamaica), Ababel Yeshaneh (Habsyah)

Senarai calon pemenang Anugerah Atlet Lelaki Terbaik:

Donavan Brazier (AS), Joshua Cheptegei (Uganda), Timothy Cheruiyot (Kenya), Ryan Crouser (AS), Mondo Duplantis (Sweden), Jacob Kiplimo (Uganda), Noah Lyles (AS), Daniel Stahl (Sweden), Johannes Vetter (Jerman), Karsten Warholm (Norway)

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 November 2020 @ 11:29 PM