AMANE melintasi garisan penamat dalam saingan maraton wanita. FOTO AFP
AMANE melintasi garisan penamat dalam saingan maraton wanita. FOTO AFP
AFP

Budapest: Amane Beriso Shankule mengetuai Habsyah mencatat kemenangan 1-2 dalam acara maraton wanita di Kejohanan Olahraga Dunia.

Amane, mencatat masa 2 jam 24 minit 23 saat (s) dalam perlumbaan yang berlangsung di jalan raya di Budapest.

Juara bertahan Gotytom Gebreslase meraih perak, 11 saat di belakang, dengan wakil Maghribi, Fatima Ezzahra Gardadi meraih gangsa dalam masa 2:25.17s dalam keadaan cuaca terik dengan suhu mencecah 29 darjah selsius pada masa perlumbaan tamat.

Lonah Chemtai Salpeter dari Israel menduduki tempat keempat, mengatasi seorang lagi pelari Habsyah, Yalemzerf Yehualaw.

"Kami tahu jika kami bekerjasama, kami boleh memperoleh keputusan yang lebih baik, dan kami bekerja dengan baik sebagai satu pasukan hari ini," kata Amane mengenai strategi perlumbaan Habsyah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Ogos 2023 @ 9:14 PM