RONALDO berjaya meledak jaringan ketika perlawanan terakhir pemanas badan Euro 2020 menentang Israel. FOTO EPA
RONALDO berjaya meledak jaringan ketika perlawanan terakhir pemanas badan Euro 2020 menentang Israel. FOTO EPA
AFP

Lisbon: Cristiano Ronaldo mencetak nama sebagai penjaring gol ketika penyandang juara Euro itu menumpaskan Israel 4-0 dalam perlawanan pemanas badan terakhir mereka sebelum memulakan misi untuk mempertahankan kejuaraan.

Bintang Manchester United, Bruno Fernandes menjaringkan dua gol, manakala Ronaldo dan Joao Cancelo menambah jaringan untuk membolehkan mereka mencatat kemenangan selesa di Lisbon.

Jaringan Ronaldo pada minit ke-44 adalah gol antarabangsa ke-104 dalam 175 perlawanan dan menyaksikan dia hanya kurang lima jaringan di belakang pemegang rekod, Ali Daei dari Iran.

"Kami sudah melakukan semuanya dengan betul sejak bertemu dengan Sepanyol lagi.

"Saya tahu apa yang perlu dibuat untuk mencatat kemenangan dan saya mempunyai keyakinan tinggi dengan pasukan ini," kata jurulatih Portugal, Fernando Santos.

Portugal berada dalam kumpulan maut apabila mereka akan berdepan Hungary pada perlawanan pertama pada 16 Jun sebelum menentang Jerman empat hari kemudian dan bertemu penyandang juara Piala Dunia, Perancis (24 Jun).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Jun 2021 @ 8:28 AM