Pemenang pingat emas wanita final All-Around, Sunisa Lee dari AS. FOTO AFP
Pemenang pingat emas wanita final All-Around, Sunisa Lee dari AS. FOTO AFP
AFP

Tokyo: Atlet remaja Amerika Syarikat (AS), Sunisa Lee memenangi pingat emas wanita acara gimnastik all-around di Olimpik Tokyo hari ini, sekali gus meneruskan kejayaan yang dicapai oleh penyandang juara Simone Biles yang menarik diri berikutan masalah kesihatan.

Sunisa, 18, mengatasi atlet Brazil, Rebeca Andrade, dan pemenang pingat emas berpasukan wanita dari Rusia, Angelina Melnikova meraih gangsa.

Ia adalah final keempat dalam tempoh empat hari dengan Sunisa menyinar dalam senaman lantai.

Sunisa dari Minneapolis, menukar warna pingat perak ketika menjadi sebahagian pasukan wanita AS pada Selasa, kepada emas dengan mengumpul keseluruhan 57.433, mengatasi Rebeca 0.144, dengan Angelina ketinggalan 0.099 di tempat ketiga.

Simone yang menarik diri dari Olimpik ketika final pasukan wanita, berada di tempat duduk penonton untuk memberi sokongan kepada rakan senegaranya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Julai 2021 @ 10:48 PM