SUNISA memenangi pingat emas acara all-round di temasya Tokyo 2020. FOTO REUTERS
SUNISA memenangi pingat emas acara all-round di temasya Tokyo 2020. FOTO REUTERS
Reuters

New York: Juara Olimpik, Sunisa Lee berkata, penyakit buah pinggang yang mengancam karier gimnastiknya semakin pulih dan dia kini memburu slot bersama pasukan Amerika Syarikat (AS) ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Hujung tahun lalu, gimnas berusia 24 tahun itu yang menang pingat emas acara all-around di Tokyo 2020, mendedahkan penyakit itu menyebabkan muka, jari dan kakinya membengkak dan berdepan kesukaran termasuk untuk bangun dari katil.

"Saya cukup gementar dan sudah tentu sedih kerana gimnastik adalah kehidupan saya," katanya kepada Reuters pada sidang media Pasukan AS di New York, semalam.

"Kesakitan itu berlaku secara rawak. Misalnya ia berlaku pada Selasa dan anda tidak mampu memikirkannya."

Sunisa berkata, penyakit luar biasa itu menyebabkan berat dan kandungan air dalam badannya meningkat.

"Saya terus berlatih dan atas masanya tersasar dari palang kerana jari saya bengkak dan sukar menggenggam," katanya yang mengikuti rawatan bagi memastikan keadaannya terkawal.

"Kini, saya semakin baik dan gembira apabila segala-galanya semakin berubah."

Sunisa dibantu pemenang empat pingat emas Olimpik, Simone Biles, yang menarik diri daripada temasya Tokyo 2020 kerana masalah kesihatan mental.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2024 @ 10:19 AM