SIMONE turun ke gelanggang gimnastik Ogos depan. FOTO AFP
SIMONE turun ke gelanggang gimnastik Ogos depan. FOTO AFP
Reuters

Indiana: Pemenang empat pingat emas Olimpik, Simone Biles akan kembali menyertai kejohanan pada awal Ogos di Klasik Amerika Syarikat (AS) di Chicago.

Menurut Gimnastik AS, ia adalah kejohanan pertama Simone sejak Olimpik Tokyo 2021.

Atlet berusia 26 tahun itu akan mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsung sehari itu (5 Ogos) selepas tidak beraksi sejak dua tahun lalu berikutan penarikan diri daripada beberapa acara di Tokyo.

Simone, yang memenangi empat pingat emas di Sukan Olimpik Rio 2016, menyatakan tekanan untuk memenuhi jangkaan dan keperluan melindungi kesihatan mentalnya menyebabkan dia membuat keputusan menarik diri daripada menyertai beberapa acara di Tokyo,

Dia memenangi gangsa dalam acara batang titian dan perak dalam untuk berpasukan.

"Senarai (pendaftaran) semasa termasuk 12 ahli pasukan Olimpik dan 16 ke Kejohanan Dunia," kata Gimnastik AS dalam satu kenyataan.

"Mereka sudah memenangi 60 pingat Olimpik dan Kejohanan Dunia, dengan 12 dari temasya berkenaan dan 48 di Kejohanan Dunia. Jumlah itu termasuk gabungan 46 pingat Kejohanan Dunia atau Olimpik yang diperoleh oleh Simone (32), Jade Carey (8) dan Sunisa Lee (6).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Jun 2023 @ 8:28 AM