GIMNAS ROC yang memenangi pingat emas acara berpasukan wanita dianggotai Vladislava Urazova, Angelina Melnikova, Viktoriia Listunova dan Liliia Akhaimova di Tokyo 2020. FOTO EPA
GIMNAS ROC yang memenangi pingat emas acara berpasukan wanita dianggotai Vladislava Urazova, Angelina Melnikova, Viktoriia Listunova dan Liliia Akhaimova di Tokyo 2020. FOTO EPA
AFP

Tokyo: Pasukan gimnastik wanita Jawatankuasa Olimpik Russia (ROC) memanfaatkan penarikan diri Simone Biles daripada pasukan Amerika Syarikat (AS) di final untuk memenangi pingat emas acara berpasukan di Tokyo 2020, hari ini.

Pasukan AS mengeluarkan Simone di final selepas persembahan mengecewakan dalam acara melombol dan Russia menewaskan juara dua Sukan Olimpik terakhir itu dengan kelebihan tiga mata.

Britain pula mencipta kejutan untuk menang gangsa.

Diketuai Angelina Melnikova, pasukan ROC itu mengekori pencapaian skuad lelaki mereka yang menang emas, semalam.

Bertanding di bawah kontinjen bebas dikenali ROC berikutan Russia digantung kepada masalah doping, mereka menamatkan penguasaan gimnastik wanita AS di dunia dan Sukan Olimpik sejak 2011.

Tetapi, fokus utama di Pusat Gimnastik Ariake adalah Simone, yang hadir ke Tokyo 2020 dengan impian untuk mencipta rekod pungutan emas terbanyak individu di Sukan Olimpik, yang dipegang gimnas Soviet Union, Larisa Latynina.

Selepas menarik diri, Simone digantikan dengan ginmas lain dalam tiga acara dan hanya bersorak untuk rakan sepasukannya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Julai 2021 @ 10:30 PM