AKSI Faizal Saari (kiri) pada perlawanan hari ini. FOTO FIH
AKSI Faizal Saari (kiri) pada perlawanan hari ini. FOTO FIH
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Skuad hoki lelaki negara terlepas peluang untuk menamatkan saingan sekurang-kurangnya di tempat kelima/keenam Piala Negara-Negara selepas kalah 3-4 kepada Korea Selatan sebentar tadi.

Ini bermakna anak buah Sarjit Singh hanya akan menamatkan kejohanan itu di kedudukan ketujuh atau kelapan apabila berentap dengan Austria esok.

Dalam aksi yang berlangsung di Gniezno, Poland, Speed Tigers terlebih dahulu berada di depan melalui gol padang penyerang berpengalaman, Faizal Saari pada minit ke-16.

Bagaimanapun, Korea Selatan yang dibimbing Sin Seok Gyo bangkit dengan dua gol menerusi pukulan sudut penalti Kim Sung Yeob pada minit ke-26 dan jaringan padang Seo Inwoo dua minit kemudian.

Malaysia kembali di depan apabila Faizal menyempurnakan penalti stroke pada minit ke-30, disusuli pukulan sudut penalti Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal lima minit berselang.

Impian Speedy Tigers musnah apabila Korea Selatan menambah dua gol kedua-duanya menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-38 dan 47 melalui Lim Dohyun dan Rim Jinkang.

Austria gagal ke penentuan kelima/keenam selepas kalah kepada Kanada menerusi penentuan shoot out 1-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi sebenar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Jun 2024 @ 9:58 PM