FITRI mudah menyempurnakan penalti stroke di awal perlawanan. FOTO Ihsan Persekutuan Hoki Antarabangsa
FITRI mudah menyempurnakan penalti stroke di awal perlawanan. FOTO Ihsan Persekutuan Hoki Antarabangsa
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Skuad hoki negara gagal menggunakan kelebihan dengan baik apabila Pakistan berjaya bangkit untuk mengikat kedudukan 4-4 dalam perlawanan pertama kejohanan Hoki Piala Negara-Negara 2023/24 berlangsung di Gniezno, Poland sebentar tadi.

Malaysia sepatutnya mendapatkan tiga mata penuh dalam perlawanan pembukaan itu namun kealpaan dan gagal fokus sehingga minit akhir permainan menyebabkan mereka perlu berpuas hati untuk berkongsi satu mata.

Dalam perlawanan itu, pemain berpengalaman negara, Fitri Saari membuka tirai jaringan menerusi penalti stroke seawal minti keempat sebelum Azrai Aizad Abu Kamal mengukuhkan kedudukan dengan jaringan kedua menerusi gol padang pada minit ke tujuh.

Malaysia terus menguasai permainan dengan baik dan melakukan serangan demi serangan dan Faizal sekali lagi mencetak gol pada minit ke-11 melalui pukulan sudut penalti.

Pakistan yang ketinggalan tiga jaringan terus memperkemaskan corak permainan dan berjaya merapatkan kedudukan melalui Abdul Rehman pada minit ke-32 sebelum Faizal sekali lagi mencuri tumpuan dengan melengkapkan hatrik pada minit ke-42 menerusi penalti stroke untuk Malaysia mendahului dengan begitu selesa 4-1.

Bagaimanapun, skuad kendalian Sarjit Singh gagal bertahan dengan baik apabila Pakistan berjaya melakukan kebangkitan di melalui jaringan Sufyan Khan pada minit ke-43, Hannan Shahid minit ke-52 sebelum Abu Mahmood meranapkan impian Malaysia dengan jaringan melalui jaringan penalti stroke pada minit-minit akhir perlawanan.

Selepas ini, Speedy Tigers akan turun menentang Perancis dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan B yang akan diadakan pada Ahad ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mei 2024 @ 9:17 PM