FOTO Luqman Hakim Zubir
FOTO Luqman Hakim Zubir


MALAYSIA tewas 3-2, kepada Pakistan melalui penentuan penalti di separuh akhir Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2016, di Stadium Hoki Kuantan, malam ini.

Perlawanan itu terpaksa diputuskan dengan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa penuh perlawanan.

Seawal babak permainan, kedua-dua pasukan dilihat begitu berhati-hati mengatur strategi dan berbalas serangan untuk mencari kelebihan gol awal.

FOTO Luqman Hakim Zubir
FOTO Luqman Hakim Zubir

Malaysia berada di hadapan pada minit ke-18, apabila Shahril Saabah menjaringkan gol pertama menerusi pukulan sudut penalti.

Pada separuh masa kedua, Pakistan bermula garang apabila meledakkan gol penyamaan melalui Abdul Khan dengan gol padang pada minit ke-34.

Malaysia dan Pakistan bagaimanapun gagal menambah jaringan meskipun sering berbalas asakan sehingga tamat waktu permainan.

FOTO Luqman Hakim Zubir
FOTO Luqman Hakim Zubir

Dalam penentuan pukulan penalti, tiga gol Pakistan dijaringkan oleh Abdul Khan, Muhammad Ifran Jnr dan Muhammad Arslan Qadir.

Malaysia pula menyudahkan pukulan penalti menerusi Firhan Ashari dan Faizal Saari.

Dengan keputusan itu, Pakistan akan bertemu dengan musuh tradisi India, pada final esok.

Malaysia pula akan menentang Korea Selatan untuk penentuan tempat ketiga dan keempat, pada hari sama.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Oktober 2016 @ 12:34 AM