RANGNICK kecewa kegagalan Austria untuk mara ke suku akhir. -FOTO Reuters
RANGNICK kecewa kegagalan Austria untuk mara ke suku akhir. -FOTO Reuters
Reuters

Leipzig, Jerman: Jurulatih Austria, Ralf Rangnick meluahkan rasa terkejut apabila pasukannya tersingkir di Euro 2024 di tangan Turkiye, meranapkan usaha mereka menukar tekanan kepada peluang.

Rangnick berkata pasukannya bermain empat perlawanan yang menakjubkan, sengit dan sepatutnya layak ke suku akhir tetapi membayar harga prestasi itu dengan kegagalan disebabkan pertahanan yang lemah mengakibatkan mereka ketinggalan hanya selepas 57 beraksi kepada Turkiye yang jauh lebih bersemangat.

Merih Demiral menceroboh gawang Austria selepas melepasi sepakan sudut dan dia menggandakan kedudukan sejurus selepas rehat sebelum Michael Gregoritsch membalas satu gol tujuh minit kemudian.

Austria bertindak pantas tetapi bergelut untuk mencipta peluang besar dan mendapat peluang terbaik apabila Christoph Baumgartner melakukan percubaan menerusi tandukan pada masa kecederaan namun berjaya diselamatkan penjaga gol, Mert Gunok.

"Jika anda ketinggalan dengan dua gol, maka segalanya tidak menjadi lebih mudah. Pasukan mencuba sedaya upaya. Kemudian kami menjaringkan satu gol dan kami mempunyai masa yang mencukupi untuk mencatatkan seri.

"Adalah sukar jika anda mempunyai Gordon Banks di gawang," katanya yang membandingkan penyelamatan Gunok dengan penyelamatan pernah dilakukan oleh bekas penjaga gol England yang menyelamatkan percubaan Pele dari Brazil ketika Piala Dunia 1970.

Penyingkiran itu menyaksikan rentetan usaha Austria untuk melepasi pusingan kalah mati berlanjutan kepada tujuh dekad di kejohanan utama.

"Anda juga memerlukan sedikit tuah. Jika tandukan Baumgartner pada penghujungnya masuk, kami boleh memenangi perlawanan ini," kata Rangnick.

"Ini adalah peluang bersejarah untuk menang, untuk ke suku akhir dan menentang Belanda. Saya tidak percaya bahawa kita akan pulang hari ini. Kami fikir kami akan meneruskan perjalanan ke sini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Julai 2024 @ 9:06 AM