GAKPO cemerlang bersama Belanda biarpun dibayangi Salah di Liverpool. -FOTO AFP
GAKPO cemerlang bersama Belanda biarpun dibayangi Salah di Liverpool. -FOTO AFP
AFP

Berlin: Cody Gakpo dan Arda Guler mengharungi musim yang mengecewakan tetapi kedua-duanya sudah membuktikan diri mereka sebagai pemain penting pasukan ketika Belanda akan turun menentang Turkiye dalam pertembungan suku akhir Euro 2024 awal pagi esok di Berlin.

Belanda memenangi pertandingan itu buat kali pertama dan satu-satunya pada 1988 dengan Ronald Koeman, Ruud Gullit, Frank Rijkaard dan Marco van Basten antara pemain yang berada dalam skuad itu.

Walaupun skuad ini kurang gemilang, pemain sayap kiri Liverpool, Gakpo, 25 tahun, berjaya membuktikan keupayaannya sebagai pemain utama mereka apabila meledak tiga gol pada musim panas ini.

"Gakpo adalah bintang kami," kata bekas pemain antarabangsa Belanda, Pierre van Hooijdonk.

Biarpun dia dibayangi Mohamed Salah di Anfield, apabila dia tidak bermain secara konsisten, Gakpo mengukir namanya di Jerman dan menjadi sebagai ancaman yang datang dari sebelah kiri.

Separuh daripada 12 gol penyerang itu untuk negaranya terhasil pada kejohanan utama, dengan tiga di Piala Dunia dua tahun lalu.

Satu lagi gol, dia akan menyamai pencapaian rakan sepasukannya dan bintang lama Ruud van Nistelrooy dan Arjen Robben dengan tujuh gol.

"Dia pemain hebat dan padu bila ada bola dengannya dan dia sangat penting bagi kami.

"Dia adalah salah seorang pemain yang mempunyai kualiti tambahan dan mujurlah dia membuat perubahan pada saat-saat seperti ini," kata Koeman selepas kemenangan 3-0 ke atas Romania pada pusingan 16 terakhir, di mana Gakpo menjaringkan gol dan juga dengan cemerlang mengumpan Donyell Malen.

Namun di hadapan Gakpo kini adalah penjaga gol Turki yang perlu ditewaskan, Mert Gunok.

Gunok melakukan penyelamatan mengagumkan pada minit terakhir menolak tandukan Christoph Baumgartner yang dibandingkan dengan cara penyelamatan Gordon Banks menafikan percubaan Pele pada Piala Dunia 1970.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Julai 2024 @ 11:37 AM