TURKIYE terus tagih sokongan padu penyokong. FOTO AFP
TURKIYE terus tagih sokongan padu penyokong. FOTO AFP
Agensi

Leipzig: Turkiye dua kali sebelum ini mara melepasi peringkat kumpulan di Euro, dalam kejohanan yang dianjurkan oleh negara-negara dengan komuniti pendatang yang ketara, dan tidak mengejutkan mereka melakukannya sekali lagi di Jerman.

Terdapat hampir 3 juta orang berketurunan Turkiye di Jerman, berikutan gelombang penghijrahan yang bermula pada 1960-an.

Terdapat juga komuniti Turkiye yang besar di Belgium dan Belanda, yang juga faktor kejayaan mereka ke peringkat lapan terakhir pada tahun 2000, dan di Austria dan Switzerland, di mana mereka mara ke separuh akhir di Euro 2008.

Pada hari Rabu, tahap desibel yang dicipta oleh peminat Turkiye di Volksparkstadion mempunyai banyak kaitan dengan pasukan mereka ketika mengesahkan tempat 16 terakhir apabila berjuang untuk kekal di hadapan menentang Republik Czech dan menang 2-1.

Tanpa sokongan memekakkan telinga, Turkiye mungkin akan gagal di bawah tekanan lewat daripada pasukan Czech yang terdesak menyelamatkan diri mereka di kejohanan ini.

Jurulatih Vincenzo Montella menyifatkan lawan seterusnya, Austria seperti pasukan kelab mempunyai kelebihan fizikal, lancar dan teratur.

Bagaimanapun, beliau lebih suka fokus pada pemain mudanya yang mencapai prestasi di bawah beban apa yang disebutnya tekanan besar dan tidak adil.

"Berjaya melepasi peringkat kumpulan membolehkan kami menjadi lebih santai, kurang tekanan, kurang emosi," katanya.

"Kami hanya mahu meraikan dan menikmati kemenangan (ke atas Czech) kerana kami berhak mendapatnya, kami mahu terus mencipta sejarah. Itu yang pasti."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Julai 2024 @ 2:46 PM