PEMAIN Roma meraikan jaringan.
PEMAIN Roma meraikan jaringan.
Agensi

Rom: Jose Mourinho memulakan tugas di Rom dengan bergaya apabila Roma membelasah Tuscans Montecatini 10-0 dalam aksi persahabatan pramusim semalam.

Pengendali berusia 58 tahun itu mengikat kontrak tiga tahun dengan kelab Serie A pada Mei lalu sejurus selepas dipecat Tottenham Hotspur.

Mourinho membuat keputusan menyahut cabaran baharu di ibu kota Itali itu.

Bekas pengurus Chelsea, Man United dan Spurs terbabit menikmati permulaan cemerlang dengan berpesta gol ke atas pasukan tempatan Tuscans Montecatini.

Penonton tidak dibenarkan menyaksikan perlawanan yang berlangsung di pusat latihan Fulvio Bernardini. Borja Mayoral meledak hatrik manakala Nicolo Zaniolo yang menjadi kapten turut menggegar gawang lawan.

Carles Perez, Gianluca Mancini, Riccardo Calafiori, Nicola Zalewski dan Amadou Diawara kesemuanya mencetak jaringan selain gol sendiri.

Roma akan meneruskan persiapan kempen 2021/2022 pada Ahad ini dengan menentang Ternana dengan penyokong boleh menilai kemampuan skuad Mourinho menerusi siaran televisyen buat kali pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Julai 2021 @ 9:24 PM