PEMAIN Kanada meraikan kejayaan mara ke suku akhir Copa America. FOTO Reuters
PEMAIN Kanada meraikan kejayaan mara ke suku akhir Copa America. FOTO Reuters
Reuters

Florida: Kanada mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Chile yang beraksi dengan 10 pemain untuk meraih tempat kedua Kumpulan A, sekali gus mara ke suku akhir Copa America.

Chile yang menduduki tempat ketiga tersingkir dari peringkat kumpulan buat kali pertama sejak 2004.

Keputusan seri itu melonjakkan Kanada kepada empat mata dalam Kumpulan A, lima mata di belakang pendahulu Argentina, yang sudah layak ke suku akhir.

Juara dua kali Chile mengakhiri kempen dengan dua mata dan Peru menduduki tempat tercorot dengan satu mata.

Chile, yang perlu menang dan mengharapkan keputusan lain menyebelahi mereka, terpaksa menyukarkan tugas berat mereka selepas Gabriel Suazo dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-27 kerana menjatuhkan Richie Laryea.

Dalam perlawanan di mana peluangnya sangat sedikit, penjaga gol Chile Gabriel Arias bertindak cemerlang untuk menghalang rembatan pemain Kanada, Stephen Eustaquio dan Tajon Buchanan.

Penjaga gol Kanada, Maxime Crepeau bertindak cemerlang untuk menafikan percubaan melencong Alexis Sanchez.

Kanada menyangka mereka sudah mendahului pada minit kedua masa kecederaan menerusi pemain gantian Tani Oluwaseyi, tetapi gol itu dibatalkan kerana ofsaid.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Jun 2024 @ 11:20 AM