PHIL Foden. FOTO Agensi
PHIL Foden. FOTO Agensi
AFP

Jerman: Pemain lincah England, Phil Foden meninggalkan pasukan dan pulang ke England atas urusan keluarga, kata wakil pegawai dari Persatuan Bolasepak England.

Foden yang membantu Manchester City menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, diturunkan dalam tiga aksi awal Euro 2024 dalam peringkat kumpulan.

Kehadiran Foden dalam kesebelasan pasukan cukup membantu terutama dalam menggerakkan jentera serangan.

Hasilnya pasukan itu berjaya menempah tiket ke pusingan 16 terbaik dan skuad The Three Lions akan turun beraksi untuk aksi kalah mati itu pada Ahad ini.

England mara ke pusingan berikutnya selaku juara Kumpulan C selepas mengumpul lima mata daripada tiga aksi dilalui.

Perlawanan pertama menyaksikan anak buah Gareth Southgate menang 1-0 ke atas Serbia sebelum seri dengan Denmark 1-1 pada aksi kedua.

Rentak kemenangan yang diburu pada perlawanan ketiga bertemu Slovenia tidak kesampaian apabila terikat tanpa jaringan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Jun 2024 @ 11:49 PM