SOUTHGATE (kiri) ketika sesi latihan England. FOTO Reuters
SOUTHGATE (kiri) ketika sesi latihan England. FOTO Reuters
Agensi

London: England mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati Euro 2024 hasil keputusan perlawanan dalam Kumpulan B, awal pagi tadi.

Three Lions akan menentang Slovenia dalam aksi terakhir Kumpulan C di Cologne awal pagi esok.

Mereka kini perlukan kemenangan untuk muncul juara kumpulan dan aksi lebih mudah di peringkat 16 terakhir.

Kemaraan mereka ke pusingan seterusnya terjamin selepas Albania tewas 0-1 di tangan Sepanyol.

England bakal menentang Slovenia dengan empat mata selepas menewaskan Serbia dan seri dengan Denmark.

Dengan empat pasukan di tangga ketiga terbaik daripada enam kumpulan mara, empat mata sudah mencukupi untuk England meneruskan impian mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2024 @ 11:19 AM