Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Legenda bola sepak England, Michael Owen lebih memilih Perancis dan England sebagai juara Euro 2024 yang berlangsung di Jerman.

Owen yang juga bekas pemain Liverpool dan Real Madrid itu melihat Perancis yang dipimpin Didier Deschamps memiliki barisan pemain yang mantap sekali gus mampu mengharungi setiap pusingan perlawanan tanpa sebarang masalah.

"Saya lihat Perancis mempunyai pakej lengkap. Sejak awal perlawanan Perancis mempamerkan aksi memuaskan," katanya, ketika ditemui pada sesi bertemu peminat di Aeon Cheras Selatan, di sini, sebentar tadi.

Pada majlis itu, ratusan peminat legenda terbabit menunggu sejak awal pagi bagi bertemu pemain legenda itu yang tiba di pusat membeli belah terbabit jam 2 petang.

Pemain itu akan berada di sembilan lokasi membabitkan pusat membeli belah Aeon di Perak, Selangor dan ibu kota.

OWEN (kanan) pada sesi bertemu peminat di Aeon Mall Balakong. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI
OWEN (kanan) pada sesi bertemu peminat di Aeon Mall Balakong. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI

Sementara itu, ketika ditanya peluang England untuk mengesahkan slot final Euro 2024, bekas pemain yang berusia 44 tahun itu berkata, pasukan terbabit sering bernasib baik dan mungkin ada peluang untuk beraksi di pentas akhir saingan itu.

"England bernasib baik diundi dalam kumpulan yang agak mudah. Barisan pemain perlu beraksi lebih baik jika mahu beraksi di final atau menjulang piala Euro 2024," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2024 @ 4:31 PM