Foden dan Greenwood dihantar pulang selepas melakukan kesalahan memalukan pasukan England. FOTO Agensi
Foden dan Greenwood dihantar pulang selepas melakukan kesalahan memalukan pasukan England. FOTO Agensi
Agensi

London: Arsene Wenger percaya Phil Foden belum bersedia untuk beraksi buat England sambil menegaskan 'terlalu ramai pemain yang bagus' bergelut mempamerkan aksi terbaik bersama skuad Three Lions.

Mengambil contoh perlawanan kebelakangan ini, England hanya mencatat kemenangan tipis ke atas Iceland selepas penalti minit ke-91 disempurnakan oleh Raheem Sterling, ketika kedua-dua pasukan terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain.

Antara ribuan penonton yang menyaksikan perlawanan itu adalah bekas pengendali berpengalaman Wenger dan bekas bos Arsenal itu mendakwa skuad yang dibarisi bintang elit Liga Perdana Inggeris seperti 'penakut' apabila mereka memakai jersi Three Lions.

Wenger memikul tugas bersama Gunners apabila skuad 'Generasi Emas' England termasuk Steven Gerrard, Frank Lampard, Paul Scholes, John Terry dan Ashley antara pemain yang menyerlah dalam pasukan kebangsaan.

Arsene Wenger. FOTO File Agensi
Arsene Wenger. FOTO File Agensi

Kini, selepas ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018, peminat berharap bakat muda yang dikenal pasti seperti Foden, Jadon Sancho dan Mason Greenwood dapat menyumbang kepada era baharu skuad itu.

Tapi bersandar kepada prestasi berdepan Iceland, Wenger menjangkakan harapan tinggi memberitahu The Times: "Ia sangat teruk. Saya sudah melihat banyak pemain tidak melakukan yang terbaik buat England. Mereka takut untuk bermain."

"Dalam kebanyakan bakat muda yang diserap dalam skuad England, Foden adalah salah seorang contohnya."

Dan ketika Wenger mengakui bakat besar pemain muda Manchester City yang berusia 20 tahun itu, pengendali dari Perancis itu yakin pemain berkenaan tidak akan berjaya dengan pendedahan yang kurang di peringkat kelab.

"Phil Foden pemain yang berkualiti tinggi. Tetapi buat masa ini dia gagal melaksanakan tugasnya... dia tidak mempunyai minit permainan yang mencukupi di Manchester City."

"Anda memerlukan sekurang-kurangnya 100 perlawanan untuk mengetahui kemampuan anda di Liga Perdana."

Foden diketepikan daripada skuad Gareth Southgate untuk tiga perlawanan akan datang menentang Wales, Belgium dan Denmark.

Pemain tengah City dan bintang muda Manchester United, Greenwood dihantar pulang angkara kesalahan memalukan selepas membawa pulang wanita ke bilik hotel pasukan dan melanggar peraturan pencegahan Covid-19 di Iceland.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Oktober 2020 @ 8:02 PM