LAPORAN Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro sebelum ini.
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Bentong: Orang ramai yang bercadang ke Genting Highlands dinasihatkan supaya menangguhkan sementara perjalanan berikutan kesesakan teruk susulan kemalangan di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pengguna jalan raya yang menuju ke kawasan itu disarankan supaya menggunakan laluan lain untuk ke destinasi.

Menurutnya, polis dan semua yang terbabit sedang berusaha mengalihkan bas persiaran yang terbalik berkenaan secepat mungkin.

"Kerja pengalihan bas berkenaan tergendala berikutan lori tunda turut tersangkut dalam kesesakan jalan raya.

"Saya difahamkan lori tunda berkenaan dijangka akan memakan masa kira-kira satu jam sebelum tiba di lokasi namun kami sedang cuba mempercepatkan kerja pengalihan bas berkenaan," katanya hari ini.

Zaiham berkata, kesesakan bermula dari Plaza Tol Gombak menuju ke Genting Highlands.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, dua penumpang bas warga China maut manakala penumpang lain serta pemandu cedera dalam kemalangan itu.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.43

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2024 @ 4:08 PM