FODEN beraksi dalam semua tiga perlawanan England setakat ini.
FODEN beraksi dalam semua tiga perlawanan England setakat ini.
Reuters

Weimar, Jerman: Pemain tengah England Phil Foden kembali ke kem pasukan menjelang aksi peringkat ke-16 Euro 2024 di Jerman selepas menyambut kelahiran anak ketiganya.

Pemain berusia 24 tahun itu kembali bertemu keluarga selepas England seri 0-0 dengan Slovenia untuk berada di sisi pasangannya Rebecca Cooke.

Foden yang dinobatkan Pemain Terbaik Liga Perdana Manchester City muncul antara pemain paling konsisten dalam pasukannya apabila beraksi dalam semua tiga perlawanan England.

England akan menentang Slovakia dalam aksi peringkat 16 terakhir pada Ahad ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Jun 2024 @ 6:42 AM