KANAK-kanak Palestin beratur mengambil makanan yang disediakan sukarelawan di Khan Younis. FOTO Reuters
KANAK-kanak Palestin beratur mengambil makanan yang disediakan sukarelawan di Khan Younis. FOTO Reuters
Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: Malaysian Humanitarian Aid and Relief (Mahar) dengan inisiatif melalui masyarakat tempatan di Gaza meneruskan penyediaan makanan bermasak untuk pelarian di sekitar Deir Al Balah dalam projek Dapur Ihsan.

Mahar melalui kenyataan berkata, kekurangan gas memasak tidak memutuskan semangat warga Palestin.

Namun, katanya, ia membuka jalan menggunakan hampas zaitun dari kilang minyak zaitun sebagai bahan api.

"Usaha untuk terus hidup yang ditunjukkan oleh warga Palestin terus memberi semangat kepada Mahar untuk meneruskan inisiatif Dapur Ihsan ini.

"Dapur Ihsan menyediakan hidangan berharga RM28, dengan matlamat untuk menyokong keperluan asas makanan bagi komuniti yang terkesan," katanya.

Mahar mengalu-alukan sumbangan dan kolaborasi semua pihak untuk memastikan kelangsungan inisiatif itu.

Untuk maklumat lanjut atau untuk menyertai usaha ini, sila hubungi Amir Arafat di 014-9843965.

Mahar merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan rakyat Malaysia dalam membantu komuniti yang memerlukan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Jun 2024 @ 12:57 PM