SEPASUKAN anggota Bomba dan Penyelamat Quarryville, Pennsylvania menyelamatkan empat anak itik (gambar kecil) yang jatuh ke dalam saluran longkang. FOTO Agensi
SEPASUKAN anggota Bomba dan Penyelamat Quarryville, Pennsylvania menyelamatkan empat anak itik (gambar kecil) yang jatuh ke dalam saluran longkang. FOTO Agensi
Agensi

Washington: Kemahiran anggota bomba dan penyelamat sudah diketahui umum bukan sahaja untuk menyelamatkan nyawa manusia malah haiwan.

Di Amerika Syarikat (AS), sepasukan anggota bomba Pennsylvania sanggup masuk ke dalam saluran longkang di bawah tanah untuk menyelamatkan empat anak itik yang terperangkap.

United Press International (UPI) melaporkan, walaupun merbahaya namun anggota bomba berkenaan tetap turun ke dalam saluran longkang itu selepas mendapat maklumat awam di media sosial.

Bomba Quarryville berkata, sepasukan anggota dikejarkan di lokasi kejadian di West 4th Street berikutan laporan anak itik terjatuh ke dalam saluran longkang.

"Pasukan bomba kemudian mengeluarkan empat anak itik masih kecil.

"Namun anggota bomba tidak dapat mengesan ibunya dan ia dibawa oleh seorang penduduk ke pusat pemulihan haiwan tempatan," tulis pegawai bomba di media sosial.

Katanya, apa sahaja perkara ditugaskan pihaknya berusaha sedaya upaya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Jun 2024 @ 1:16 PM