SUSLOV (dua dari kanan) tidak mahu memikirkan terlalu jauh mengenai peluang mereka di Euro. FOTO AFP
SUSLOV (dua dari kanan) tidak mahu memikirkan terlalu jauh mengenai peluang mereka di Euro. FOTO AFP
Reuters

Duesseldorf: Slovakia melakukan kejutan terbesar dalam sejarah Euro apabila mereka mengejutkan Belgium dalam perlawanan pembukaan mereka tetapi sedar masih ada kerja yang perlu dilakukan jika mereka mahu memanfaatkan permulaan sensasi itu.

Gol awal Ivan Schranz menjadikan Slovakia yang berada di ranking ke-48 mencatat kemenangan 1-0 ke atas pasukan tangga ketiga dunia, jurang ranking terbesar pernah diatasi oleh pasukan bukan pilihan, menurut Opta.

Ia juga menjadikan peluang untuk Kumpulan E terbuka luas menjelang pertembungan mereka dengan Ukraine pada Jumaat ini di Duesseldorf.

Ukraine, sementara itu, dikecewakan dalam kekalahan 0-3 oleh Romania dan akan terdesak untuk menebusnya.

Kemenangan kelima berturut-turut dalam perlawanan kompetitif untuk Slovakia kendalian Francesco Calzona akan menjamin mereka tempat ke pusingan 16 terakhir menyamai pencapaian mereka pada 2016.

Bagaimanapun, pemain tengah, Tomas Suslov, yang bapanya adalah warganegara Ukraine, memberi amaran bahawa mereka tidak boleh terlalu berfikir jauh.

"Saya akan beritahu perkara sebenar, saya terkejut dengan keputusan Ukraine," katanya.

"Sudah tentu, kami tahu bahawa tiga mata tidak akan mencukupi untuk kami. Semalam kami sudah bercakap mengenai hakikat bahawa tidak boleh memandang rendah sesiapa pun, kerana kita masih belum layak.

"Kami tidak menjangkakan perlawanan yang lebih mudah berbanding perlawanan menentang Belgium. Jika mahu berjaya, kami perlu melakukan sekurang-kurangnya perkara yang sama sekali lagi."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2024 @ 8:05 PM