CALZONA (kanan) mahu anak buahnya kembali ke realiti selepas membenam Belgium. FOTO AFP
CALZONA (kanan) mahu anak buahnya kembali ke realiti selepas membenam Belgium. FOTO AFP
Reuters

Duessledorf: Sebarang keghairahan selepas kemenangan mengejutkan Slovakia ke atas Belgium dalam perlawanan pembukaan Euro 2024 segera perlu diganti dengan realiti yang nyata bahawa mereka belum mencapai apa-apa lagi, kata jurulatih Francesco Calzona menjelang pertembungan mereka dengan Ukraine.

Slovakia akan layak ke pusingan 16 terakhir Kumpulan E jika menewaskan Ukraine di Duesseldorf tetapi mereka hanya perlu berundur tiga tahun ke belakang untuk mengingatkan diri mereka mengenai bagaimana nasib boleh berubah.

Pada kejohanan Euro 2020 yang tertangguh, Slovakia bermula dengan kemenangan ke atas Poland tetapi kemudiannya tewas 0-1 kepada Sweden menerusi sepakan penalti lewat perlawanan sebelum dibelasah Sepanyol 0-5 menyebabkan mereka terkeluar daripada pertandingan.

Calzone, salah seorang daripada lima jurulatih Itali yang berkhdimat di Euro 2024, ditanya sama ada sukar untuk membawa pemainnya kembali ke realiti dan bersedia untuk berdepan Ukraine selepas kemenangan ke atas Belgium.

"Itu tidak sukar. Kami mengalami sedikit kejutan selama beberapa jam yang singkat, tetapi kami belum mencapai apa-apa lagi. Kami hanya memperoleh tiga mata dan tiga mata tidak mencukupi untuk mara ke peringkat kalah mati," katanya kepada pemberita.

"Tidak terlalu banyak untuk diraikan dari segi kemenangan ke atas Belgium kerana kami masih mempunyai objektif di hadapan kami, iaitu untuk berjaya melepasi peringkat kumpulan."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2024 @ 1:37 AM