AKSI Mudryk ketika bertemu Slovakia. FOTO REUTERS
AKSI Mudryk ketika bertemu Slovakia. FOTO REUTERS
Reuters

Duesseldorf: Pemain tengah Ukraine, Mykhailo Mudryk, membantu mencetuskan kemenangan penting pasukannya ke atas Slovakia di Euro 2024, semalam dengan sedikit bantuan daripada kucing peliharaannya.

Pemain Chelsea berusia 23 tahun itu sering memuat naik gambar kucingnya di media sosial dan kini mencetak gambar kucing kesayangannya itu untuk dilekatkan di pelindung kakinya bagi kejohanan di Jerman.

Ukraine bagaimapun bermula langkah kiri apabila tewas 0-3 di tangan Romania tetapi Mudryk mempamerkan ketangkasan seperti kucing di Duesseldorf apabila pasukannya menang 2-1 untuk mengekalkan harapan mereka layak ke pusingan 16 terakhir.

Mudryk dikenali mempunyai koleksi pelindung kaki yang unik dan sangat kecil.

Namun kali ini, dia memilih mengenakan pelindung kaki dengan gambar kucingnya untuk memberi inspirasi kepadanya ketika dia bersiap bagi perlawanan terakhir Kumpulan E menentang menentang Belgium, Khamis ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2024 @ 7:50 PM