JESSICA muncul juara Terbuka Berlin. FOTO Agensi
JESSICA muncul juara Terbuka Berlin. FOTO Agensi
AFP

Berlin: Jessica Pegula menyelamatkan lima mata kemenangan menentang Anna Kalinskaya untuk memenangi gelaran pertamanya di atas gelanggang rumput dalam kejohanan pemanas badan Wimbledon di Berlin pada Ahad.

Pilihan keempat itu menang 6-7 (0/7), 6-4, 7-6 (7/3) selepas menyingkirkan pilihan utama Coco Gauff pada separuh akhir yang ditunda semalaman.

Jessica mendahului rakan senegaranya Coco 7-5, 6-6 (3/1) apabila aksi separuh akhir dihentikan pada malam Sabtu.

Dia kembali ke gelanggang pada pagi Ahad untuk memenangi empat daripada lima mata kemenangan untuk menyingkirkan pasangan beregu Coco 7-5, 7-6 (7/2) dan mara ke final pertamanya di gelanggang rumput.

"Jess, anda seorang pejuang, gembira dapat melihat anda kembali dalam jelajah," kata Anna selepas kekalahan keduanya dalam banyak pertemuan dengan pemain Amerika Syarikat itu.

Kemenangan itu datang dalam kejohanan kedua Jessica selepas dia kembali daripada kecederaan rusuk yang memaksanya meninggalkan musim gelanggang tanah liat Eropah.

Berlin ialah gelaran kerjaya kelima Jessica dan pertama sejak menang di Seoul tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Jun 2024 @ 12:54 AM