VERSTAPPEN meraikan kejayaan muncul juara GP Sepanyol. FOTO Reuters
VERSTAPPEN meraikan kejayaan muncul juara GP Sepanyol. FOTO Reuters
AFP

Barcelona: Juara dunia tiga kali dari Red Bull, Max Verstappen memenangi Grand Prix (GP_ Sepanyol sebentar tadi selepas mengetepikan pelumba McLaren, Lando Norris untuk melebarkan kedudukannya dalam kedudukan keseluruhan.

Lewis Hamilton melengkapkan podium di Litar Barcelona-Catalunya untuk podium pertama bekas juara dunia tujuh kali dari Mercedes musim ini.

Perlumbaan mungkin lebih sengit daripada dua musim lalu tetapi Verstappen nampaknya sentiasa melakukan sesuatu yang tidak dijangka yang tiba-tiba memperbaiki keadaan yang buruk di mana ia lebih penting.

Ini adalah kemenangan ke-61 dalam kerjayanya, ketujuh musim ini, dan keempat di litar yang pertama kali dia membitkan diri ke kancah Formula Satu ketika remaja pada 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Jun 2024 @ 1:07 AM