SERBIA mengharapkan keajaiban untuk terus bersaing di Euro. FOTO AFP
SERBIA mengharapkan keajaiban untuk terus bersaing di Euro. FOTO AFP
Reuters

Munich: Serbia berada dalam keadaan bahaya tetapi yakin dengan kemenangan yang mereka perlukan menentang Denmark untuk mara ke pusingan 16 terakhir Euro 2024, kata pemain tengah Veljko Birmancevic.

Pasukan Dragan Stojkovic meraih satu mata dari dua perlawanan pembukaan mereka untuk menduduki tangga terbawah Kumpulan C dan tatkala keputusan seri secara matematik boleh membuktikan cukup untuk kekal dalam kejohanan itu, mereka tidak mahu meninggalkan apa-apa peluang di Munich.

"Kami tidak mempunyai pilihan untuk keselesaan, kami sudah dalam keadaan bahaya," Stojkovic berkata dalam sidang akhbar di pangkalan latihan pasukan di Augsburg.

"Tiada jalan untuk mundur dan kami hanya boleh mara. Jika anda mahu mara, anda perlu menang."

Mereka memberi tentangan kepada England ketika kekalahan 0-1 pada aksi pembukaan dan kemudian meraih gol penyamaan di masa kecederaan ketika seri 1-1 dengan Slovenia tetapi berada dalam bahaya untuk tersingkir awal pada Euro pertama mereka sejak 2000, ketika Serbia & Montenegro masih bersatu sebagai sebuah republik.

"Semua orang bersedia untuk memberi 100%. Kami belajar banyak daripada dua perlawanan ini, kami bersedia memberikan segala-galanya untuk Serbia dan untuk penyokong yang datang menyokong kami," kata Birmancevic.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Jun 2024 @ 3:28 AM