DE Ligt mengakui sukar menerima hakikat tiada dalam kesebelasan utama. FOTO AFP
DE Ligt mengakui sukar menerima hakikat tiada dalam kesebelasan utama. FOTO AFP
AFP

Wolfsburg: Pertahanan tengah Belanda, Matthijs de Ligt berkata, dia berbincang dengan pakar psikologi selepas berada di bangku simpanan untuk perlawanan pembukaan Euro 2024 negaranya.

Belanda menewaskan Poland dan berkongsi keputusan seri tanpa jaringan dengan Perancis ketika Stefan de Vrij dari Inter Milan digandingkan dengan kapten, Virgil van Dijk pertahanan tengah.

Pemain Bayern Munich itu berharap untuk diletakkan dalam kesebelasan utama dan berkata, sebelum pertembungan mereka dengan Austria Rabu ini dia sudah berbincang dengan ahli psikologi dan keluarganya.

"Momen sebegini boleh menjadi sukar, dengan bercakap mengenainya anda menjadikan perkara lebih ringan dan anda boleh meletakkan tenaga kembali di atas padang dan bukannya membazirkan pada pemikiran seperti itu," kata De Ligt kepada media Belanda.

"Saya sentiasa berlatih untuk memperbaiki diri, itu tidak semestinya berbeza sekarang – apa yang berbeza sedikit ialah perasaan selepas kemenangan.

"Sudah tentu anda juga gembira sebagai pemain gantian, tetapi sedikit kurang daripada jika anda mengambil bahagian sendiri."

Van Dijk mengakui dia perlu menambah baik selepas kemenangan 2-1 pasukan itu pada aksi pembukaan menentang Poland, dan bertahan dengan baik pada perlawanan kedua menentang pasukan pilihan kejohanan, Les Bleus.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Jun 2024 @ 1:35 AM