HARRY Kane. FOTO Agensi
HARRY Kane. FOTO Agensi
AFP

Munich, Jerman: Ketua pasukan England, Harry Kane akui pasukannya berpeluang memenangi kejuaraan Eropah edisi kali ini.

Ujar penyerang Three Lions itu, pasukannya kini berada pada tahap terbaik dan bersedia untuk turun menentang Serbia dalam aksi pembukaan Euro 2024, Ahad ini.

Katanya, peluang England untuk menamatkan badi kejuaraan di pentas antarabangsa selepas kali terakhir memenangi Piala Dunia pada 1966 cukup besar kali ini.

"Saya tidak katakan yang kami akan memenangi kejohanan ini, tetapi kami mempunyai peluang," kata Kane.

Dia yang sudah meledak 44 gol dalam 45 aksi bersama Bayern Munich bakal mengetuai jentera serangan England.

"Dalam sejarah England kami bergelut untuk melintasi garisan penamat di kejohanan besar. Kami begitu hampir untuk memenangi gelaran.

"Sekarang saya rasa pasukan ini sangat dahagakan kejayaan. Kami mahu mencipta sejarah dan satu-satunya cara ialah memenangi gelaran," katanya.

England begitu hampir menamatkan kemarau kejuaraan ketika Euro 2020, tetapi tewas penentuan penalti di tangan Itali pada final di Wembley.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Jun 2024 @ 9:17 AM