RIZAL kembali menyarung jersi negeri kelahirannya. FOTO KDA FC
RIZAL kembali menyarung jersi negeri kelahirannya. FOTO KDA FC
Izzali Ismail


Alor Setar: Bek kanan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Rizal Ghazali yakin perancangan diatur ketua jurulatih, Nafuzi Zain mampu memberi impak terbaik pada saingan Liga Super yang bermula Sabtu ini.

Rizal, 31, yang kembali ke negeri kelahirannya bakal bergandingan dengan pemain seperti Jose Cleylton, Akmal Zahir, Irfan Zakaria, Ariff Farhan dan Zamri Pin.

"Setiap jurulatih memiliki corak taktikal tersendiri yang bagus dan mampu mengubah kekuatan sesuatu pasukan dan saya yakin apa yang diterapkan Nafuzi mudah untuk kami semua laksanakan.

"Saya bersemangat untuk memulakan semula aksi bersama Kedah yang pernah menaikkan nama saya sebelum ini dan bakal kembali beraksi di depan 'orang kampung' sendiri.

"Saya dan rakan seperjuangan sentiasa mendoakan misi membawa pulang tiga mata dalam aksi pertama menentang PDRM FC di tempat lawan pada Sabtu ini," katanya.

Rizal berkata, beliau bertekad memberi aksi terbaiknya di benteng KDA FC bagi memastikan misi kejayaan yang dirancang pasukan menjadi kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mei 2024 @ 9:31 PM