CLEYLTON tiba di Alor Setar semalam.
CLEYLTON tiba di Alor Setar semalam.
Izzali Ismail

ALOR SETAR: Pemain pertahanan skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Jose Cleylton yakin Kedah adalah destinasi terbaiknya mencari pengalaman baharu dalam kariernya.

Pemain yang berasal dari Fortaleza, Brazil berusia 31 tahun ini yang tiba di sini semalam berkata, beliau sedar bakal menggalas cabaran yang besar untuk mengemudi benteng skuad kendalian Nafuzi Zain.

Pemain yang pernah beraksi bersama pemain import Kenari, Habib Haroon akan bergandingan bersama pemain tempatan seperti Irfan Zakaria, Rizal Ghazali, Wan Amirul Afiq, Akmal Zahir, Zambri Pin dan Ariff Farhan.

"Meskipun Liga M ini sesuatu yang baharu buat saya, saya harap dapat menyesuaikan diri dengan segera dan membentuk benteng yang teguh bersama pemain lain," katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) Kepala Batas semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2024 @ 3:50 PM