FERRELL mendedahkan dia peminat tegar bola sepak di England. FOTO Agensi
FERRELL mendedahkan dia peminat tegar bola sepak di England. FOTO Agensi
AFP

London: Bintang Hollywood, Will Ferrell menjadi selebriti terbaharu yang melabur dalam kelab Liga Kejuaraan Leeds United.

Ferrell dilaporkan membeli kepentingan 'besar' dalam kumpulan 49ers Enterprises yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang memiliki pasukan di Elland Road itu.

Pelakon berusia 56 tahun itu menyertai rakannya yang lain seperti Russell Crowe, perenang Olimpik, Michael Phelps dan pemain golf Jordan Spieth dan Justin Thomas sebagai pelabur di Leeds.

Pemenang kejuaraan utama tiga kali Spieth mengesahkan dia dan rakan senegaranya, Thomas membeli saham minoriti dengan bekas juara England itu tahun lalu.

Ferrell ialah pemilik bersama kelab Major League Soccer, Los Angeles FC dan mendedahkan dia peminat tegar bola sepak England semasa lawatan untuk menyaksikan Manchester City menewaskan Aston Villa 3-1 musim lalu.

Dia juga menyaksikan Wrexham menewaskan Wealdstone dan perlawanan di tempat sendiri QPR menentang Sunderland.

Kelab Welsh, Wrexham, baru-baru ini dinaikkan pangkat ke divisyen ketiga, dimiliki oleh rakan pelakon, Ryan Reynolds dan Rob McElhenney, yang memulakan trend selebriti baru-baru ini di

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mei 2024 @ 12:11 AM