JORDAN SPIETH
JORDAN SPIETH
AFP

LOS ANGELES: Juara bertahan Terbuka British, Jordan Spieth dan pemenang kejohanan utama 2017, Justin Thomas serta Brooks Koepka bakal menjadi antara pesaing di Kejohanan Juara-Juara AS PGA di Hawaii.

Juara bertahan dan juara Kejohanan PGA 2017, Thomas; juara Terbuka AS, Koepka, Spieth dan pemain yang terkenal dengan pukulan jauh, Dustin Johnson mengetuai senarai bintang Amerika Syarikat ketika 34 pemain bakal bersaing di Kapalua pada kejohanan pertama di bumi Uncle Sam itu pada 2018.

“Kita tidak boleh mengetepikan pemain kurang terkenal,” kata Spieth.

Spieth merujuk kepada kelompok bintang baru yang semakin meningkat, sekumpulan pemain veteran dan kemunculan semula juara 14 kejohanan utama, Tiger Woods dalam aksi pembuka tirai itu.

“Dengan kehadiran ramai pemain muda berbakat di tambah pula pemain senior yang kini berusia sekitar 30-an... kejohanan kali ini pasti lebih menarik lagi,” katanya.

Perubahan mendadak di dalam senarai ranking pemain golf terbaik dunia dicetuskan pemain Jepun, Hideki Matsuyama; bintang Sepanyol, Jon Rahm; pemain Australia, Marc Leishman dan Cameron Smith; pemain Swedens, Jonas Blixt serta pemain Korea Selatan, Kim Si Woo.

Purata usia pemain yang beraksi di kejohanan kali ini ialah 29.7 tahun - angka paling muda sejak sekurang-kurangnya 1970.

Thomas memenangi Kejohanan Juara-Juara tahun lalu dan di minggu berikutnya, dia menjulang Terbuka Sony di Hawaii serta kejohanan utama pertamanya sebelum dinobatkan sebagai pemenang Playoff Piala FedEX Jelajah AS PGA.

Lapangan Pertanian di Kapalua adalah yang paling mudah di Jelajah AS musim lalu.

“Ia cara yang hebat untuk memulakan musim tetapi adakah anda akan dapat menikmati lapangan semudah itu pada aksi seterusnya,” kata Thomas. “Lapangan ini memang baik. Terdapat beberapa tempat yang menyediakan makanan sedap. Siapa yang tidak sukakan Hawaii?”

Spieth yang mahu melupakan memori pusingan akhir Masters 2016 yang menyaksikan dia menjulang kejohanan utama ketiga di Royal Birkdale tahun lalu berkata, dia sudah mempunyai mental yang lebih kuat berbanding sebelumnya.

“Saya sudah bersedia untuk mengharungi 2018,” kata Spieth. “Saya sudah sedia untuk gagal, kejayaan dan apa saja di antaranya.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 January 2018 @ 12:52 PM