AKSI Osimhen di Piala Negara-Negara Afrika. FOTO AFP
AKSI Osimhen di Piala Negara-Negara Afrika. FOTO AFP
AFP

Abidjan: Ramai bintang utama di Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) tahun ini sudah pun tersingkir sebelum aksi suku akhir, tetapi pemain terbaik benua itu, Victor Osimhen masih kekal dalam usahanya untuk membawa Nigeria menjulang kejuaraan.

Penyerang Napoli berusia 25 tahun itu mungkin sering dianggap dapat menamatkan saingan sebagai penjaring terbanyak kejohanan selepas menjaringkan 10 gol dalam aksi aksi kelayakan.

Namun begitu, dia hanya dapat menjaringkan satu gol setakat ini menjelang aksi suku akhir bertemu bertemu Angola di Abidjan, awal pagi esok.

Osimhen menjaringkan gol dalam perlawanan pertama Nigeria di Ivory Coast, yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 menentang Equatorial Guinea.

Dia dihadiankan sepakan penalti yang kemudian disempurnakan oleh kapten, William Troost-Ekong ketika meraih kemenangan 1-0 ke atas Ivory Coast, dan kemudian bermain sepanjang 90 minit perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Guinea-Bissau.

Osimhen kemudian mempamerkan aksi yang mengagumkan ketika meraih kemenangan 2-0 pada pusingan 16 terakhir ke atas Cameroon.

"Dia tidak menjaringkan gol tetapi mempamerkaan aksi yang hebat. Bukan mudah untuk menyekat kemaraannya. Tanya pertahanan lawan bagaimana mereka berdepan kesukaran," kata jurulatih Nigeria, Jose Peseiro.

Pengurus Portugal itu menegaskan kejayaan Nigeria setakat ini adalah tidak dibolosi oleh pihak lawan selain dibantu oleh kerajinan Osimhen di jentera serangan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Februari 2024 @ 4:47 PM