IVORY Coast meraikan kejayaan mereka ke final AFCON. -FOTO AFP
IVORY Coast meraikan kejayaan mereka ke final AFCON. -FOTO AFP
NIGERIA ke final selepas tewaskan Afrika Selatan menerusi penentuan sepakan penalti. -FOTO AFP
NIGERIA ke final selepas tewaskan Afrika Selatan menerusi penentuan sepakan penalti. -FOTO AFP
AFP

Abidjan: Penyerang gantian Kelechi Iheanacho dan penjaga gol Stanley Nwabali memainkan peranan penting untuk membawa Nigeria ke final selepas menewaskan Afrika Selatan 4-2 menerusi penentuan penalti dalam aksi separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Juara tiga kali itu akan menentang tuan rumah Ivory Coast, yang menundukkan Republik Demokratik Congo dengan keputusan 1-0 di Abidjan, pada perlawanan akhir pada Isnin ini.

Nigeria menang menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa sebenar di Bouake.

"Pasukan kami mempunyai impian yang besar. Pasukan berjuang bersama, Terdapat 25 daripada kami (dalam skuad dan) sukar untuk mengalahkan kami," kata jurulatih Nigeria Jose Peseiro.

"Bila memikirkan semula mengenai gol kedua yang dibatalkan (Nigeria) dan (penyamaan Afrika Selatan), banyak pasukan akan berputus asa.

"Saya sangat gembira, pemain gembira, mereka berhak mendapatnya, kami berhak mendapatnya, Super Eagles layak mendapatnya, rakyat Nigeria berhak mendapatnya."

Sementara itu jurulatih Afrika Selatan Hugo Broos berkata: "Bola sepak boleh menjadi kejam."

"Anda bermain dengan teruk menentang Cape Verde, anda menang menerusi sepakan penalti. Anda bermain dengan sangat baik menentang Nigeria dan tewas menerusi sepakan penalti."

Pemain Leicester City, Iheanacho sekadar memanaskan bangku simpanan dalam lima perlawanan sebelum ke separuh akhir.

Dia dimasukkan oleh Peseiro buat pertama kali selepas minit ke-102 menentang Afrika Selatan dan dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti penentuan.

Nwabali, yang bermain untuk kelab Afrika Selatan, Chippa United, menyelamatkan sepakan penalti Teboho Mokoena dan Evidence Makgopa.

Dalam permainan sebenar, Nigeria mendahului menerusi kaptennya, William Troost-Ekong - hasil sepakan penalti pada minit ke-67.

Nigeria menambah jaringan pada minit ke-85 menerusi penyerang sensasinya, Victor Osimhen, namun jaringan berkenaan dibatalkan pengadil selepas merujuk monitor VAR.

Afrika Selatan sebaliknya mendapat sepakan penalti yang disempurnakan Mokoena dan permainan diheret ke masa tambahan sebelum berakhir dengan penentuan penalti.

Ia akan menjadi penampilan kelapan Nigeria di pentas final dan pernah menjadi juara pada 1980, 1994 dan 2013, dan yang keempat pada 1992 dan Ivory Coast muncul juara pada 2015.

Ivory Coast meneruskan kemunculan semula yang luar biasa dalam kejohanan itu dengan mengalahkan DR Congo.​

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Februari 2024 @ 8:32 AM