Ivory Coast's forward #15 Max-Alain Gradel lifts the Africa Cup of Nations trophy on the podium after Ivory Coast won the Africa Cup of Nations (CAN) 2024 final football match between Ivory Coast and Nigeria at Alassane Ouattara Olympic Stadium in Ebimpe, Abidjan on February 11, 2024. (Photo by Issouf SANOGO / AFP)
Ivory Coast's forward #15 Max-Alain Gradel lifts the Africa Cup of Nations trophy on the podium after Ivory Coast won the Africa Cup of Nations (CAN) 2024 final football match between Ivory Coast and Nigeria at Alassane Ouattara Olympic Stadium in Ebimpe, Abidjan on February 11, 2024. (Photo by Issouf SANOGO / AFP)
AFP

Abidjan: Sebastien Haller menjaringkan gol kemenangan lewat perlawanan untuk memastikan tuan rumah Ivory Coast bangkit menewaskan Nigeria yang diketuai Victor Osimhen 2-1 dalam perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) awal pagi tadi melengkapkan saingan paling menakjubkan dengan meraih gelaran benua ketiga mereka.

Nigeria kelihatan bersedia untuk mengulangi kemenangan 1-0 mereka ke atas Ivory di Stadium Olimpik Ebimpe ketika peringkat kumpulan apabila kapten William Troost-Ekong menjaringkan gol pada lewat babak pertama.

Bagaimanapun, Franck Kessie menyamakan kedudukan sejam kemudian dan Haller menyambut hantaran lintang Simon Adigra pada minit ke-81 untuk mencetuskan sambutan yang meriah di antara lautan jingga di Abidjan.

Kejayaan Ivory Coast menyaksikan mereka menambah gelaran kejuaraan selepas turut menang pada 1992 dan 2015, manakala kemenangan ini juga membolehkan mereka menyamai rekod Nigeria menang tiga kejuaraan Piala Negara secara keseluruhan.

Hanya Mesir, Cameroon dan Ghana lebih kerap memenangi gelaran dengan Super Eagles mensia-siakan peluang untuk menyaingi Ghana yang meraih empat kemenangan.

Diterajui oleh pemain terbaik Afrika tahun Osimhen, Nigeria kelihatan pasukan paling hebat dalam pertandingan itu sejak bulan lalu.

Namun takdir menyebelahi Ivory Coast kerana mereka menjadi negara tuan rumah pertama memenangi AFCON sejak 2006.

Didier Drogba mengetuai pasukan Elephants yang tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Mesir di Kaherah pada perlawanan akhir itu 18 tahun lalu, manakala kali ini dia antara penonton menyaksikan kemenangan menakjubkan untuk negaranya.

Ia adalah pencapaian luar biasa buat pasukan yang hampir tersingkir di peringkat kumpulan selepas tewas 0-4 kepada Equatorial Guinea pada 22 Januari lalu.

Itu adalah kekalahan paling teruk mereka di tempat sendiri dan pasukan Ivory itu kemudiannya memecat jurulatih Jean-Louis Gasset dan menggantikannya dengan Emerse Fae, rakan sepasukan Drogba pada 2006.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Februari 2024 @ 7:13 AM